Wednesday 30 November 2011

Untungnya Wanita Yang Pandai Memasak...

"Zaman sekarang ni kalau perempuan tak pandai masak pun takpe, yang penting pandai mengurus rumahtangga."


"Perempuan zaman sekarang ni dah ada pendidikan dan kerjaya, kalau setakat pandai masak nasi dan jerang air pun dah cukup."
 
"Mertua sekarang ni pun dah tak cerewet mcm mertua zaman dulu. Isteri saya tu, nak buat kerja2 dapur pun terkial-kial. Mak saya x kisah pun."




Inilah antara kata2 yg saya dengar bila berbicara perihal wanita & masakan. Mendengar kata2 sebegini membuatkan saya terfikir-fikir. Apa untungnya wanita yg pandai memasak?

Dilahirkan dlm keluarga yg ibu saya memang 'master chef', kedua-dua nenek saya sebelah ayah dan sebelah ibu pun 'tukang masak terhebat' dan makcik-makcik saya terutamanya sebelah ibu yg kesemua mereka menggenggam ijazah dan mempunyai karier, namun masing2 'chef2 terhebat di dapur rumah sendiri', membuatkan saya tak pernah terfikir kemungkinan yang ada wanita dapur mereka di kedai-kedai makan.

Selepas seminggu membuat 'penyelidikan' & 'kajian' mengenai wanita dan masakan. Ini hasil kajian yg saya dapat...

Wanita VS Masakan

1. Penjimatan yg hebat!

Memasak boleh menjimatkan wang. Kamu boleh habiskan RM 100 dlm masa seminggu untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam di kedai. Tetapi dgn memasak kamu berbelanja RM100 sebulan untuk barang2 pasar. Jimat kan?

2. Bila Jauh Terkenang-kenang.

Sekiranya kamu seorg pelajar seperti saya, bila berjauhan dari rumah pastinya kamu merindui masakan bonda tercinta. Sedap macam mana pun Choc Mud Cake kat Secret Recipe, sedap lagi kek coklat lembap ibu tersayang. Bak kata seorang kawan saya : "Takde sape boleh masak telur goreng separuh masak sesedap mak aku masak"

3. Kebersihan Terjamin

Masakan yg disediakan dirumah lebih terjamin kebersihan berbanding makanan yg dijual di kedai2. Ini memang satu fakta yang semua orang dah tahu kan?

4. Pengikat Kasih Sayang


Ya, untungya seorang ibu bila bijak memasak ialah dia boleh 'mengawal' suami dan anak-anak. Macam mana tu? Ibu boleh titipkan doa dan selawat untuk membentuk peribadi setiap ahli keluarga melalui air tangannya. Semasa memasak, ibu boleh baca ayat2 suci al-quran untuk melembutkan hati anak yg degil. Ibu boleh bacakan doa dalam makanan yg dimakan oleh anaknya supaya anak jadi orang yg soleh. Setiap air tangan yg disediakan oleh isteri @ ibu disisipkan dgn bismillah dan selawat lebih 'bermakna' terhadap suami dan anak2.

Kesimpulannya, rajin2lah memasak. :)

Coretan
Ad-Deen

No comments:

Post a Comment