Sunday 13 May 2012

Syukur & Say Alhamdulillah

Mendengar keluhan seorang sahabat yang bekerja di syarikat non-muslim. Susahnya nak tunai solat zohor kerana tiada surau. Susah nak tunaikan solat sebab teman- tman sepejabat yang muslim tak solat, cuma dia saja yang solat, jadi dia dipersoalkan oleh non-muslim tentang mengapa perlu dia menunaikan solat.

Membaca status seorang muslimah di fb, beliau sedih dicemuh kerana memakai niqob. Sedihnya, beliau dicemuh oleh orang melayu islam.

Berbual dengan seorg makcik, beliau tidak disukai ibu mertua sewaktu baru2 kahwin kerana beliau memakai tudung. Beliau berkahwin pada tahun 1980-an. Waktu itu susah nak jumpa orang yang pakai tudung. Ibu mertua bising sebab dia keluar rumah untuk sidai kain pun pakai tudung, pergi bilik air kat luar rumah pun pakai tudung.

 Cerita seorang sahabat, beliau dimarahi ayah dan neneknya kerana tidak mahu bersalam dengan sepupu-sepupu perempuan ketika hari raya. Beliau dianggap tak beradab sebab tak mahu bersalam dengan tetamu-tetamu perempuan yang datang ke rumah.

Pengalaman sendiri, travel naik bas pada waktu malam. Subuh dalam perjalanan. Pemandu bas seorang melayu muslim. Namun, bas tak berhenti pada waktu subuh sehingga memaksa saya pergi dan minta pada pemandu bas berhenti untuk solat subuh. Kata pemandu bas '' kita dah lambatlah, dik. Nanti saya kena marah kalau lambat sampai'' Namun, disebabkan saya berkeras, beliau berhenti juga di tempat perhentian yang cuma ada tandas dan pondok rehat. Syukur, Alhamdulillah. Dalam ramai-ramai orang melayu dalam bas tersebut, cuma saya dan dua org lain yg solat subuh di atas pondok tepi bas tersebut sambil pemandu bas duduk menunggu kami, memerhatikan kami solat. Semoga Allah berikan kepada beliau taufiq & hidayat untuk melaksanakan kewajipan solat. Walau beliau tak solat pada tika itu, beliau berhenti untuk beri ruang pada saya dan 2 org penumpang lain untuk tunaikan solat subuh.


Banyak lagi kisah-kisah seumpama kisah di atas. Kita berdepan dengan kesukaran untuk amalkan tuntutan agama bukan kerana mereka yang tidak beragama islam, tapi kerana orang islam sendiri. Rasa terasing kerana dianggap 'lain' @ 'pelik'. Dilabelkan 'alim' sebab pakai tudung labuh @ pakai kopiah. Dianggap 'fanatik' sebab tak nak bersalam dengan lelaki @ perempuan yang bukan muhrim. Terasing di dalam masyarakat islam sendiri.


Sunday 8 January 2012

Ahlan 2012

Walau terlambat, saya tetap ingin mengucapkan Ahlan 2012. 2012 bakal menjadi tahun bermakna untuk saya kerana....

Final semester. I.allah!

Well, of course. Umur bertambah. :D

Teringat seseorg yg mengucapkan kepada saya "Semoga dengan bertambahnya umur bertambahnya amal." Amin3x

Semoga 2012 bakal mencoret memori manis dlm buku kehidupan kita. Jangan cuma berharap, usahalah untuk menjadikan ia tahun yg lebih baik berbanding tahun2 yg lepas.

Salam Sayang
 Ad-Deen