Wednesday 16 November 2011

Hargai Masa Itu

Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, sudah 2 tahun saya berada di kampus. 2 tahun, 3 semester. Another semester and I'm off!!! Huhu. Oh ya, bukan tamat belajar, kita akan sentiasa belajar, belajar dan belajar. Belajar melalui kehidupan.

Sejak berada di kampus, saya akui, masa saya bersama keluarga sangat terhad. Walau handphone, laptop, internet dan segala mcm teknologi yg ada, dek kesibukan yg menghimpit terkadang seminggu sekali nak telefon bonda pun susah.  Apatah lagi adik-beradik yg lain.

Bulan ini saya cuti final break. Disebabkn xde short sem, saya pun 'melepak' di rumah, mengambil alih tugas bonda tercinta. Waktu siang, cuma saya dan ibu di rumah, adik2 semua ke sekolah, ayah ke tempat kerja. Sejak masuk kampus, inilah kali pertama saya cuti panjang. Dlm masa 2 tahun, bnyak yg telah berubah. Perubahan yg berlaku semasa ketiadaan saya di rumah membuatkan saya benar2 menghargai cuti ini...

Adik bongsu saya yg berusia 4 tahun sudah mengenali nombor dan huruf. Dia juga sudah pandai mengaji 'Qiraati' dan menghafal surah2 pendek. Celoteh mulutnya  pun makin bijak. Ada saja kata2nya & tingkah lakunya yg mencuit hati kami sekeluarga.

Dua adik perempuan saya yg bersekolah rendah, masing2 darjah 4 dan 5 sudah pandai mengemas bilik mereka sendiri. Paling ketara adik saya yang darjah 5. Boleh diharap untuk membuat kerja2 rumah. Kedua-dua mereka bukan lagi 'budak2' yg saya tinggalkan semasa pergi ke kampus. Budak2 yg gaduh sebab berebut satu teddy bear. Budak2 yg nangis kalau ibu tinggalkan diorg walau cuma nak pergi beli gula kat kedai runcit yg berhampiran dengan rumah.

Bila lihat situasi sekarang, saya faham kenapa dulu ibu selalu kata " Jangan besar cepat sangat". Masa tu saya x faham, saya selalu kata " Ibu, jgn doa mcm tu, nanti kiteorg pendek je."
Masa usia belasan tahun saya bila dgr ibu kata begitu, saya fikir ibu x percayakan saya dah besar, ibu nak control saya. Ibu nak tahu semua benda yg saya buat kat luar, dgn siapa saya berkawan, cara saya berpakaian, tingkah laku saya.

Bila sekarang saya berbual dgn ibu, berkongsi apa yg saya rasa. Respon ibu
"Ibu selalu kata jangan besar cepat sangat sebab ibu rindukan kamu. Ibu rasa macam semalam baru ibu lahirkan kamu, ibu dukung kamu, ibu x puas lagi tengok kamu membesar depan mata ibu. Bukan ibu seorg je rasa mcm tu, semua ibubapa lalui benda yang sama, semua org lalui perasaan yg sama"

Ya, kita semua melalui perasaan  yg sama. Yang berbeza, situasi dan suasan yg mencetuskan perasaan tersebut.


Tinta Kehidupan
Ad-deen



No comments:

Post a Comment