Sunday 13 May 2012

Syukur & Say Alhamdulillah

Mendengar keluhan seorang sahabat yang bekerja di syarikat non-muslim. Susahnya nak tunai solat zohor kerana tiada surau. Susah nak tunaikan solat sebab teman- tman sepejabat yang muslim tak solat, cuma dia saja yang solat, jadi dia dipersoalkan oleh non-muslim tentang mengapa perlu dia menunaikan solat.

Membaca status seorang muslimah di fb, beliau sedih dicemuh kerana memakai niqob. Sedihnya, beliau dicemuh oleh orang melayu islam.

Berbual dengan seorg makcik, beliau tidak disukai ibu mertua sewaktu baru2 kahwin kerana beliau memakai tudung. Beliau berkahwin pada tahun 1980-an. Waktu itu susah nak jumpa orang yang pakai tudung. Ibu mertua bising sebab dia keluar rumah untuk sidai kain pun pakai tudung, pergi bilik air kat luar rumah pun pakai tudung.

 Cerita seorang sahabat, beliau dimarahi ayah dan neneknya kerana tidak mahu bersalam dengan sepupu-sepupu perempuan ketika hari raya. Beliau dianggap tak beradab sebab tak mahu bersalam dengan tetamu-tetamu perempuan yang datang ke rumah.

Pengalaman sendiri, travel naik bas pada waktu malam. Subuh dalam perjalanan. Pemandu bas seorang melayu muslim. Namun, bas tak berhenti pada waktu subuh sehingga memaksa saya pergi dan minta pada pemandu bas berhenti untuk solat subuh. Kata pemandu bas '' kita dah lambatlah, dik. Nanti saya kena marah kalau lambat sampai'' Namun, disebabkan saya berkeras, beliau berhenti juga di tempat perhentian yang cuma ada tandas dan pondok rehat. Syukur, Alhamdulillah. Dalam ramai-ramai orang melayu dalam bas tersebut, cuma saya dan dua org lain yg solat subuh di atas pondok tepi bas tersebut sambil pemandu bas duduk menunggu kami, memerhatikan kami solat. Semoga Allah berikan kepada beliau taufiq & hidayat untuk melaksanakan kewajipan solat. Walau beliau tak solat pada tika itu, beliau berhenti untuk beri ruang pada saya dan 2 org penumpang lain untuk tunaikan solat subuh.


Banyak lagi kisah-kisah seumpama kisah di atas. Kita berdepan dengan kesukaran untuk amalkan tuntutan agama bukan kerana mereka yang tidak beragama islam, tapi kerana orang islam sendiri. Rasa terasing kerana dianggap 'lain' @ 'pelik'. Dilabelkan 'alim' sebab pakai tudung labuh @ pakai kopiah. Dianggap 'fanatik' sebab tak nak bersalam dengan lelaki @ perempuan yang bukan muhrim. Terasing di dalam masyarakat islam sendiri.




Kecewa, sedih dan segala macam perasaan yang tak dapat diungkapkan bila kita berdepan dengan situasi begini. Saya percaya, ramai lagi sahabat-sahabat diluar sana yang menghadapi situasi yang sama, mempunyai pengalaman yang sama. Walau apa yang anda lalui, selama mana apa yang anda lakukan adalah benar disisi agama islam, maka teruskanlah. Tapi dalam masa yang sama, sisipkanlah doa untuk seluruh umat islam, semoga terus dilimpahkan taufiq & hidayat dari Allah s.w.t.

 Kenapa perlu kita bersyukur walau tertekan???
 Kenapa kita harus mengukir senyum walau hati pedih menahan sakit??

Kerana kita lebih beruntung berbanding saudara- saudara islam yang berada di negara-negara barat.


Seorg muslimah yang berhijab & memakai niqab di UK. Anak kelahiran UK, Ibu bapa beragama kristian & beliau memeluk islam ketika berusia 21 tahun, tinggal di komuniti yg bukan islam. Di kawasan perumahan beliau, tiada wanita lain yg beragama islam, cuma beliau seorang yg bertudung & berniqab. Apa yg membuatkan saya kagum, setiap hari beliau akan menaiki bas untuk ke tempat kerja dengan memakai niqab sepenuhnya berwarna hitam. Ketika ditanya adakah beliau tak merasa 'janggal' kerana cuma beliau seorg yg berpakaian demikian, apa perasaan beliau apabila menjadi ' bahan tontonan'? Katanya: I do feel awkward whenever I enter the bus, people cannot stop looking at me. Some people also avoid to sit beside me. Alhamdulillah, now they can accept my present.  Why should I stop wearing niqab & hijab just because this people? The Hindu's willing to hurt themselves during Thaipusam b'coz they believe it's right, the priest willing to devote their entire lives in church b'coz they believe it's right. Then, what about me?Allah made me stronger everyday. This hidayah came from Allah. It's Him that made me continued to be me everyday. 

Subhanallah...



No comments:

Post a Comment